Cekidout!

Sunday, 23 September 2012

Menguruskan Badan Secara Sihat


  • Amalkan makan malam sebelum jam tujuh malam. Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.
  • Jangan mudah terpedaya iklan-iklan merampingkan badan atau produk-produk pil kurus. Kebanyakkannya indah khabar dari rupa. Duit habis, badan tetap juga naik.


  • Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan membeli produk diet yang banyak terdapat di Pasaran dan farmasi. Pandangan doktor adalah lebih selamat.


  • Turun 1 kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak pula.


  • Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke jim berdekatan. Senaman membentuk otot yang sihat dan dapat membakar lemak.


  • Positifkan diri. Buatlah target penurunan badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.


  • Jangan asyik menimbang berat badan. Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.


  • Beri penghargaan untuk diri sendiri. Beri ganjaran pada diri sendiri jika matlamat tercapai. Contohnya, makan satu bar coklat yang sedap. Jangan risau… Sesekali Tidak Mengapa.


+ Berusaha
+ Berdoa
+ Tawakal

;)

Sumber : Puspanita

No comments:

Post a Comment