Cekidout!

Sunday, 23 September 2012

Cara Atasi Malas



Malas betul aku nak post ni. Tapi nak jugak post. Sekurang-kurangnya bila aku malas nanti bolehlah aku tengok blog sendiri. Tapi dah nama pun malas, ingat aku rajin nak mengeCHECK blog ni time malas?? Oh, sorry sikit. Aku Cik Adiba, mengaku memang sangat pemalas orangnya. Jujurnya~ Tapi tak sangat. [masih nak cover?] Haha!! Okaylah, jom tengok cara-cara nak atasi malas.

Malas adalah satu sikap yang boleh membuatkan manusia gagal dalam hidup. Ramai yang bercita-cita tinggi tapi tidak mencapai impian tersebut kerana sikap malas. Bagaimana cara mengatasi malas? Cara mengatasi malas yang paling mudah adalah mengetahui terlebih dahulu punca mengapa seseorang itu boleh menjadi malas.

Berikut adalah beberapa punca yang sering dikaitkan dengan malas :

Tiada motivasi diri
Badan sering letih dan lesu kerana kekurangan vitamin
Terpengaruh dengan orang lain
Tiada dorongan dari orang terdekat.
Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal

Sikap malas ini boleh diatasi dengan cara :

Dekatkan diri dengan tuhan untuk mengelakkan gangguan dan hasutan syaitan.
Memperbanyakkan membaca kisah motivasi yang berkaitan dengan orang yang malas.
Amalkan doa untuk mengelak diri dari malas
Selalu ingat tanggung jawab terhadap keluarga dan diri sendiri.
Tanam sikap positif dan buang segala sikap buruk.
Tetapkan matlamat hidup dan perancangan yang rapi.
Memperbanyakkan memakan makanan yang membekalkan vitamin dalam badan

Untuk mengatasi malas ini anda perlu ubah cara hidup anda. Jika perlu, dapatkan orang yang boleh paksa dan kawal anda. Mula-mula tu memang rasa tak seleasa. Tapi jika malas anda dah hilang secara tidak langsung anda akan merasa diri bebas. Kehidupan anda akan lebih senang dan mudah. Selamat beramal.

Sumber : kasimo69

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَرَمِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari malas, dan aku berlindung dari sifat penakut, dan aku berlindung dari pikun, dan aku berlindung dari Bakhil. (HR. 19/465)

Sumber : Wanita Shalehah 



No comments:

Post a Comment