Cekidout!

Thursday, 20 September 2012

Si Jantung Hati :)


actually gambar ni di upload bagi mengingatkan aku sentiasa kepada si comel yg telah tiada. Nilah kucing kedua yg aku sayang. Tapi, ini yg paling aku sayang berbanding yg pertama dan yang lain. Masa kehilangannya, hidup aku x lagi seceria dulu. Bila balik rumah pun, bagaikan dah hilang serinya. Sebab masa si comel ni masih bernafas, dia sentiasa menghiburkan hati aku. Inilah si comel yg dapat menghilangkan marah dan sedih aku dalam sekelip mata. Inilah si comel yg menggugurkan airmata aku ketika di perantauan. Sangat menyedihkan dan aku rasa sangat terkilan sbb dia sangat muda untuk berhenti bernafas dan aku tak ada disampingnya ketika saat-saat terakhir.

Mok... semoga kita jumpa lagi. =)


Ini pula boleh dikatakan gambar-gambar yg dapat aku ambil sebelum dia pergi. Aku bersyukur sebab sempat ambil gambar si comel walaupun tak banyak. Kalaulah masa boleh diputarkan semula... =(


You are always on my mind. Aku tak akan lupa bau si comel, telatah si comel, gebu badan si comel. Kalau aku tahu si comel tak lama, nak hati aku ni cium si comel, peluk si comel. Tapi sayang... kita semua hanyalah hamba ALLAH yg terhad kudratnya. Tapi, aku yakin... kita tetap akan jumpa lagi Mok. Sebab inilah salah satu doa aku dan ALLAH itu Maha Penyayang. Setiap permintaan hamba-Nya pasti akan dikabulkan. Tak ada yg mustahil jika dengan kuasa ALLAH. =)


Si comel dalam pasu. ^_^ diletakkan semata-mata nak ambil gambar. Si comel yang memang baik tak pernah membantah. Hanya menurut. Tengok matanya. Itulah mata yang sangat aku rindu.


Nah....tengok perutnya tu. Tembam dan gemok kan. Dari sinilah mula timbulnya nama Bam dan Mok. Bam terkenal dikalangan ahli keluarga while panggilan Mok hanya aku yang panggil. Kadang-kadang tu ada juga family aku yang tersasul panggil Mok. Kalau orang dengar nama Mok, orang akan tanya. Kenapa panggil Mok? Ha... sebab dia gemoklah. Since birth lagi si montel kecil ni dah gemok. Cengei (garang) sangat tapi sangat baik. Nakal dan pandai mengusik tuannya (aku la...). Sangat cergas sejak dari kecil lagi. Satu lagi sifat Mok, dia seekor kucing yang suka mengalah. Lapar macam mana pun Mok tak akan berebut makan dengan kucing-kucing yang lain.


Gambar ni diambil sebelum aku bertolak ke Shah Alam. Sempat lagi aku bergambar dengan Mok. Tapi tak banyak. Berapa gambar ja. Tengok bulu di perut si comel aku ni. Peminat kucing mesti tau Mok berasal dari baka yang elok. Tapi tak tau pulak aku baka apa. Ada iras-iras japanese bobtail pun ada. Entahlah. Banyak baka kucing. Ni antara gambar yang aku suka tengok. Kesian Mok, sebelah tangan/kakinya terkepit. hehe. Tak perasan pulak yang aku terkepit tangan/kakinya masa ambil gambar ni. Btw, aku rindu Mok sangat!


Ha...ni dia gambar Mok dan adik/abangnya Lepot. Lepot ni pun comel. Tapi Si Lepot sedikit cacat. Sebabnya Lepot ada rekod digigit biawak masa bayi. Nasib baiklah aku terdengar suara Lepot mengiau. Kalau tak dah jadi makanan si biawak. Aku hanya sapukan luka Lepot dengan minyak gamat. Mulanya Lepot berjalan macam biasa, tapi makin lama kakinya makin capik. Kesian Lepot. Sepatutnya aku bawa si kecik ni ke klinik. Tengok kembar ni, tompoknya sama warna. Tapi wajah dan corak tompoknya berbeza. Tapi dua beradik kembar ni sangat rapat. Dari kecik hingga besar. Masa si comelku Mok dah tak ada, Lepot asyik tercari-cari adik/abangnya. Kesian Lepot. Hilang si adik/abang yang sangat rapat dengannya. Kesian juga Lepot, sebab aku tak sayang dia sepertimana aku sayang Mok. Mok adalah si jantung hati yang sangat aku kasih. :)


Edit yang sangat simple. Kalau ada camera bagus lagi cantik gambar si comel aku ni. Tapi apakan daya. Bajet ku tak mengizinkan. =( Ini gambar si comel kesayanganku bermain diluar. Nampak tu di tangan/kakinya ada tanah merah. Si comel ni kan aktif. Sayangnya aku tak ambil gambar si comel ketika bermain.


Bila tengok si Mok ni, aku rasa ya bahawa si manja aku ni adalah jenis Japanese Bobtail. Comel kan? Sentiasa ada dihati aku. =) Ohh...lupa nak cakap. Si comel aku ni sebenarnya kucing jantan. =)


:) ya betul. Kamu sentiasa dalam mimpi-mimpi aku. Dalam tidur dan jagaku. :)Setiap malam, bila tinggal sorang-sorang, aku akan ingat Mok. Masih teringat-ingat lagi telatahnya. Aku tak pernah lupakan Mok. Aku ingat lagi, Mok selalu teman aku siapkan makanannya didapur. Dipanjatnya badan aku ni. Suka aku tengok perangai Mok yang comel dan manja tu. Kata adik, masa aku balik ke Shah Alam, dia masuk ke bilik aku. Nak tau... perkara nilah yang paling cepat buat airmata aku mengalir. Sedih sebab aku tak ada ketika dia perlukan aku. =( Kadang-kadang aku rasa seolah-olah dia masih ada. Masih terbayang-bayang si comel masuk kebilik. Masih terbayang si comel lompat ke atas katil aku. Masih terbayang-bayang si comel ketika hayatnya. Aku terlalu rindu. Susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Hanya ALLAH yang tahu apa yang aku rasa. Hanya ALLAH tahu betapa kasihnya aku terhadap si kecil comel ni. Hanya ALLAH tahu betapa rindunya aku pada Mok. Hanya ALLAH tahu hikmah disebalik semua yang terjadi. :(


Gambar ni pula semasa Mok ada atas katil aku. Dah berapa hari tak ada entry pasal Mok. Inipun sebab aku dengar lagu Gingerbread - Kau Ku Rindukan. Lagu yang sangat-sangat mengingatkan aku pada buah hati yang dah tak ada ni. Mok, kalaulah boleh aku kirimkan surat, kalaulah boleh aku bisikkan, kalaulah boleh Mok dengar apa yang aku nak cakap. Hm... Mok satu-satunya yang terkasih dan tersayang. Aku tak pernah jangka langsung yang Mok akan tinggalkan aku macam ni. Aku tak sangka Mok akan hilang dari hidup aku macam tu saja. Belum pun sempat aku nak lepas rindu. Patutlah kali terakhir aku jumpa Mok, aku rasa nak cium dia lebih banyak dari biasa. Rupanya tu yang ALLAH nak bagi untuk kali yang terakhir.

Masa aku taip ni, aku mendapat ~ f l u ~ . Badan pun panas-panas dan aku rasa aku demam. Sedih Mok...setiap kali ingatkan Mok, mesti nak mengalir jugak airmata ni. Bila menangis ingatkan Mok, mesti lepas tu rasa sakit kepala dan mengantok. Tapi kenapa Mok, tak pernah datang dalam mimpi. =(( Aku dah lama tak dengar suara Mok mengiau. Dah lama aku tak peluk Mok. Lagi aku kat sini, lagi aku rasa jauh dari Mok. Kalau tau semuanya akan jadi macam ni, aku akan selalu ada disamping Mok. Aku nak jaga Mok dengan baik. Ish, masa memang tak boleh ulang kan. Kenapalah jadi macam ni. Bilalah agaknya aku boleh jumpa Mok. Bilalah agaknya boleh aku peluk cium Mok lagi. Bilalah masa tu akan datang. Aku tetap akan tunggu... =((

[tears flowed again]


Gambar blur. =(

Telah lama ku pendam rindu
Dalam diamku
Menantikan ucapan
Mesra darimu 

Hingga kini kau membisu
Seribu kata
Mata bertentang Mata
Oh... ku gelisah

Kini kau berjauhan
Seribu perjalanan
Hati merintih sedih
Tiada berairmata

Kian ingin kau ku lupakan
Kian kau ku rindui
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada

Hidupku kian hampa
Semenjak perpisahan
Hilang tanpa berita
Rindu pada mu jua

Di mana ku cari ganti
Serupa denganmu
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada 

Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada
Hilang bertahun lama
Kau ku rindukan


No comments:

Post a Comment