Cekidout!

Sunday, 23 September 2012

Bahaya Panadol (PCM overdose)





Apa motif agaknya aku letakkan gambar aku dibawah tajuk bahaya panadol?
Aku saja nak masukkan entry pasal bahaya panadol tidak lain tidak bukan sebab aku pernah mengalaminya juga. Bukan kerana cubaan membunuh diri atau apa. Masa tu aku ambik panadol (biasa) disebabkan mengalami migrain dan aku dah mati akal nak cari ubat untuk melegakan sakit dalam kepala yang teramat. I was supposed to take only 2 tabs of panadol. Tapi sangatlah tidak berkesan sehinggalah aku terus plusplus kan pengambilan panadol hanya dalam satu hari dalam keadaan perut kosong.

Hanya dalam berapa minit aku rasa mengantuk dan rasa kebas seluruh badan. Apa yang aku mampu buat hanyalah berbaring dan terus tidur. Kesan yang aku terima, badan menjadi tersangatlah lemah sehinggakan aku tak mampu nak berbuat apa-apa pun. Dari pukul 6 petang hinggalah bangun pagi esok.

Bangun pagi esoknya, seluruh badan masih terasa kebas. Disebabkan hari persekolahan (aku 17tahun), aku terpaksa gagahkan diri lagi pulak hari tu ada ujian. Malangnya, masa menjawab ujian, aku rasa sangatlah tak sedap badan dan suhu badan menaik. Rasa macam nak demam. Jadi aku berjumpa cikgu disiplin iaitu salah seorang guru yang sangat mengambil berat hal aku (namanya perlu aku rahsiakan) dan aku ceritakan kepadanya.

Aku terus dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (Kangar). Sampai sahaja disana (bahagian kecemasan) aku terus dipanggil kedalam memandangkan aku overdose paracetamol sebanyak 20tabs(dalam kurang waras dan kurang sedar)(tolong jangan cakap aku b*d* okay!). Aku terus ditahan diwad (dimana wad tu menempatkan pesakit-pesakit yang agak kritikal (aku taklah kritikal sangat) selama 3 hari 2 malam . Dalam wad tu juga ada seorang mak cik yang sedang nazak dan meninggal pada keesokan harinya.

Malam pertama diwad, aku mengalami sedikit sesak nafas dan aku dilarang berbaring. Doktor hanya masukkan air dan ..... entah apa. Aku bukan tau sangat.

Hari kedua aku ditukarkan ke wad sebelah selepas keadaan aku dah dipastikan ok sikit dari semalam.
Hari ketiga dah boleh balik dan aku lega sangat. Lupa pulak, paginya tu aku dikelilingi lebih kurang 7-8 doktor lelaki dan perempuan. Comel-comel dan hensem-hensem. Haha. Usha sikit.. Ceh! Gediks ngat aih!

Sebelum tu lupa nak cakap, doc ada bagitau kesan pengambilan panadol secara berlebihan telah memberi akibat buruk terhadap hati aku dan katanya hati aku dah ......... ! Aku sangat kecewa dan sedih. =(
Tapi aku tetap bersyukur sebab masih diberi peluang untuk meneruskan hidup. Ada yang overdose 10 pun dah KO. Jadi aku sangat-sangat BERTUAH. =))

Nak tau lebih detail pasal panadol dan bahaya panadol boleh KLIK SINI.

Jadi, bagi yang nak bunuh diri kecewa atas sebab apa-apa, tolong batalkan sajalah niat b*d*h tu. Tindakan macam ni sangat-sangatlah tidak berbaloi dan hanya merosakkan diri. Bagi umat Islam, ingat-ingatlah. TAK MASUK SYURGA kalau BUNUH DIRI okay!

Sabda Nabi s.a.w ;

 ” كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات . قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .

Ertinya: “Ada seorang lelaki  sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya,   dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hambu Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.

Sumber : masjid-as-syakirin



No comments:

Post a Comment