Cekidout!
Wednesday, 26 September 2012
6 Tanda Awal Sakit Jantung
Setiap post aku mesti akan ada introduction/mukadimah dari 'missdy'. Sebab dia yang bertanggungjawab mengcopy dan mengepaste yang dicopy. Sebenarnya post ni penting bagi aku sebab aku ni banyak sangat dah penyakit. Penyakit hatilah, buah pinggang, jantung, darah tinggi, kepala... uih... kalau macam ni kan boleh prepare perkakas mati siap-siap. Heh, merepek lagi. Batu nisan, kain kapan, tanah kubur, saiz kubur, bla.. bla.. bla.. (FULLSTOP : dia dah mula mengarut)
Bagaimana mengesan tanda awal SAKIT JANTUNG? Antaranya dimaklumkan seperti berikut sebagai peringatan supaya kita tidak memandang ringan kepada penyakit…. Rawatan awal, insyallah dapat menyelamatkan jantung kita untus terus berdegup sihat.
1. KEPALA - Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dangan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
•PENING KEPALA - Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
•PENING / SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - Bahagian atas – Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk) – Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.
•SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA - Menandakan penyakit migrain.
•BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
•RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
2. MULUT / KERONGKONG
•LOYA / MUNTAH – Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
•MUNTAH DARAH - Darah merah – Pembuangan tisu sudah musnah di bahagian kerongkong dan paru-paru. Darah hitam – Pembuangan tisu yang sudah musnah di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
•LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK - Tanda sakit jantung.
•KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT – Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman atau barah kerongkong.
3. KENCING
•KENCING KERAP - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang berlebihan.
•AIR KENCING BERKAPUR - Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
•AIR KENCING BERMINYAK - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berminyak.
•AIR KENCING BERWARNA COKLAT – Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
•AIR KENCING BERDARAH - Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
4. BUANG AIR BESAR
•CIRIT-BIRIT / KERAP BUANG AIR BESAR - Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan Cenkudu, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
•SEMBELIT – Membersihkan toksin dari usus kecil.
•NAJIS BERDARAH – Darah merah – Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
•
•DARAH HITAM - Masalah penyakit ulser perut.
•NAJIS BERWARNA HITAM - Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
5. TINDAK BALAS BADAN
•BADAN RASA SAKIT - Secara umumnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah dan saluran pembuluh yang tersekat. Sakit menyucuk – Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal – Menandakan luka di dalam badan . Sakit menyentap – Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. Sakit menegang – Proses melancarkan pengaliran darah.
•BADAN TERASA BERAT / MALAS / LENGUH – Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku dan badan memerlukan rehat.
•BADAN TERASA PANAS - Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
•BADAN TERASA RINGAN - Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
6. TINDAK BALAS EMOSI
•RASA TAKUT MENGEJUT - Lemah fungsi buah pinggang.
•CEPAT NAIK DARAH / MARAH - Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
•RASA BIMBANG DAN TAKUT - Sistem paru-paru yang lemah.
•RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB - Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
•SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL - Sistem penghadaman yang lemah.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah manakala yang tidak baik adalah datang dari hambanya. =)
Sumber : go4halal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment