6 orang ni adalah sahabat-sahabat baik yang aku kenal ketika menuntut di ipta. Tewdia ayat. Macam nak buat karangan panjang. haha. Em, nama gadis-gadis molek ni sudah pun tersedia didalam gambar. Btw, dalam 6 sahabat ni ada partnernya. Aku dengan eida, Kila dengan Molly manakala Shira yang tak nampak biji mata tu dengan Mimie. Haa.. sweet tak? Nak tahu tak macammana boleh bertemu 6 orang gadis-gadis comel ini? Nak ke dengar bebelan aku pasal pertubuhan group 'orite-orite' ni? Nak ke tahu macammana nama 'orite-orite' boleh timbul? Waa... nampak gaya nak membebel betul aku ni.
2. Orang kedua yang aku kenal adalah Eida iaitu ketika mula-mula masuk kelas. We are classmate. =) Masa mula2 aku jumpa si eida, aku dah set dlm mind yg budak ni jenis budak baik. Macam senang kena buli pun ada. xD okay dah2. nanti dia baca marah pulak.
3. Shira. Si kismis ni aku kenal masa kami DPM1A dibahagikan kumpulan. Satu kumpulan purata 4 orang. Aku, Kila dan Eida dah pakat nak duk sekali. Orang yg keempat tu sudah tentu Shira. Aku boleh ajak si kenikcomel ini masuk ke dalam kumpulan kami sebab kesian tengok. Masa tu si kismis ni duduk sorang-sorang.Dah tu boleh pulak dia senyum walaupun duduk sorang-sorang. haha. Nak tergelak bila ingat balik.
4. Mimi. Si Mimi ni aku boleh kenal sebab dia orang Kedah. Masa nak balik kampung sekali tu, aku terdesak nak cari tiket bas balik. Masa tulah aku boleh kenal Mimi dengan rapat. Sebab kami naik satu bas dan duduk bersebelahan. Si kacang ni sangat peramah orangnya dan pandai melawak.
5. Sudah tentu Molly. Si kacang gajus. Aku boleh kenal betul dengan Molly ni masa nak masuk jadi ahli Persatuan Silat Cekak. Masa ni lah aku kenal dengan si cantik ni. Orangnya sangat lemah lembut dan mempunyai suara yang nyaring. Cuma aku belum pernah dengar dia berleter lagi buat masa sekarang.
Tengok si kismis tu....bukan main lagi. btw gambar2 ni diambil ketika 6 sahabat ni berpicnic d Taman Tasik Cyberjaya. :)
Nilah partner yang paling gempak sekali. Cool dan gila-gila. Bukan gila k.
haa tengok tu. comel kan kami? haha. perasan sikit aku ni kadang-kadang. ekekekek xD
No comments:
Post a Comment