Cekidout!

Wednesday, 26 September 2012

6 Tanda Awal Sakit Jantung



Setiap post aku mesti akan ada introduction/mukadimah dari 'missdy'. Sebab dia yang bertanggungjawab mengcopy dan mengepaste yang dicopy. Sebenarnya post ni penting bagi aku sebab aku ni banyak sangat dah penyakit. Penyakit hatilah, buah pinggang, jantung, darah tinggi, kepala... uih... kalau macam ni kan boleh prepare perkakas mati siap-siap. Heh, merepek lagi. Batu nisan, kain kapan, tanah kubur, saiz kubur, bla.. bla.. bla.. (FULLSTOP : dia dah mula mengarut)


Bagaimana mengesan tanda awal SAKIT JANTUNG? Antaranya dimaklumkan seperti berikut sebagai peringatan supaya kita tidak memandang ringan kepada penyakit…. Rawatan awal, insyallah dapat menyelamatkan jantung kita untus terus berdegup sihat.


1. KEPALA - Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dangan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

•PENING KEPALA - Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
•PENING / SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - Bahagian atas – Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk) – Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.
•SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA - Menandakan penyakit migrain.
•BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
•RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


2. MULUT / KERONGKONG

•LOYA / MUNTAH – Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
•MUNTAH DARAH - Darah merah – Pembuangan tisu sudah musnah di bahagian kerongkong dan paru-paru. Darah hitam – Pembuangan tisu yang sudah musnah di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
•LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK - Tanda sakit jantung.
•KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT – Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman atau barah kerongkong.


3. KENCING

•KENCING KERAP - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang berlebihan.
•AIR KENCING BERKAPUR - Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
•AIR KENCING BERMINYAK - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berminyak.
•AIR KENCING BERWARNA COKLAT – Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
•AIR KENCING BERDARAH - Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


4. BUANG AIR BESAR

•CIRIT-BIRIT / KERAP BUANG AIR BESAR - Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan Cenkudu, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
•SEMBELIT – Membersihkan toksin dari usus kecil.
•NAJIS BERDARAH – Darah merah – Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

•DARAH HITAM - Masalah penyakit ulser perut.
•NAJIS BERWARNA HITAM - Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


5. TINDAK BALAS BADAN

•BADAN RASA SAKIT - Secara umumnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah dan saluran pembuluh yang tersekat. Sakit menyucuk – Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal – Menandakan luka di dalam badan . Sakit menyentap – Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. Sakit menegang – Proses melancarkan pengaliran darah.
•BADAN TERASA BERAT / MALAS / LENGUH – Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku dan badan memerlukan rehat.
•BADAN TERASA PANAS - Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
•BADAN TERASA RINGAN - Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


6. TINDAK BALAS EMOSI

•RASA TAKUT MENGEJUT - Lemah fungsi buah pinggang.
•CEPAT NAIK DARAH / MARAH - Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
•RASA BIMBANG DAN TAKUT - Sistem paru-paru yang lemah.
•RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB - Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
•SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL - Sistem penghadaman yang lemah.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah manakala yang tidak baik adalah datang dari hambanya. =)

Sumber : go4halal

Tuesday, 25 September 2012

Makanan Yang Dapat Menurunkan Berat Badan


Hari tu aku post tips nak tambahkan berat badan, khas untuk si kering. Tapi kali ni aku nak post makanan yang boleh menurunkan berat badan pulak khas buat si debab macam aku ni ^,^. Ni semua aku copy paste je dari website ni. Nanti bila berat badan aku dah naik mendadak x payah la aku kalut nak cari kat google^,^. Cakap macam la aku rajin nak bukak blog sendiri kan?? Hm, dah2. baca kat bawah ni lagi baik dari duk layan mukadimah yg ntahapahapa ni. Let's read. :)
Ni adalah antara makanan yang boleh menurunkan berat badan.
Telur
Bagi orang dewasa yang mengonsumsi 2butir telur untuk menu sarapan dapat menghilangkan 65% bobot tubuhnya dan merasa lebih enerjik daripada mereka yang memakan roti dengan kalori yang sama. Telur membantu menyeimbangkan kadar gula darah, memberikan protein pendukung energi, dan penuh nutrisi. mengonsumsi telur setiap hari, asupan kalorinya lebih rendah 300 kal (jika ditotal, sama dengan 1,5 kilo per bulan) ketimbang mereka yang tidak mengonsumsi telur. ”
Kentang
Kentang adalah bahan makanan yang baik untuk mengurangi berat tubuh karena memiliki campuran nutrisi, serat, dan protein, tetapi dengan kalori rendah. Satu kentang panggang dengan kulitnya yang berukuran sedang memiliki 6 gr protein, lebih dari 1.500 mg potasium, dan kalori di bawah 300.
Plain yoghurt
Yoghurt dengan kandungan 2 persen lemak akan memberikan rasa kenyang lebih lama, kalsium tinggi, protein, dan bakteri yang baik untuk perut.
Artichoke
Artichoke adalah makanan penghilang berat tubuh yang baik dan memiliki serat yang cukup banyak. Satu artichoke rebus memiliki 150 kalori dengan 10 gr protein, kalsium, dan asam folat. Untuk kudapan, makan artichoke dengan perasa tambahan, mayones, hummus, atau Italian dressing.
Pasta
Pasta tomat kalengan adalah makanan yang bisa membantu Anda menurunkan berat tubuh. Pasta tomat kalengan memiliki serat 5 gr per setengah cangkir, pasta tomat kalengan dapat digunakan untuk memberi rasa pada saus spageti atau tortillas.
Kacang almon
Salah satu makanan aman untuk menurunkan berat tubuh dan dikonsumsi adalah kacang almon. Setidaknya 10 butir kacang almon di jam-jam tertentu, di antara waktu makan besar, bisa membantu memenuhi keinginan untuk mengunyah, tapi tidak merusak diet. Kacang almon memiliki kandungan serat yang bisa bikin kenyang dan mudah dibawa.

Selamat Mencuba!!

Sunday, 23 September 2012

Akibat Tidak Cukup Tidur

Oh. Mentang-mentanglah hari ni hang tak tidur sehari, dah nak post macam ni kan Cik Dy? Apa-apa pun, bacalah sebab aku rasa sangat berguna. Sebab, ramai orang zaman sekarang kurang tidur, termasuklah aku. hihihii ^___^ Yalah, hidup zaman serba canggih ni, macam-macam ada. Dah tu banyak pulak yang kurang tidur sebab facebooklah apalah. Kalau betul penting takpa jugak kan? It's normal nowadays. Mungkin bagi kita hal ni nampak kecik tapi dimasa akan datang ia akan memberikan kesan yang buruk pada diri. Dah la, banyak pulak cakap. Jom follow....


48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar!

LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.

Sumber : informasi

Defend Rasulullah Defend Islam


Aku tak tau apa cerita disebalik perhimpunan ni, tapi aku dapat tahu ni lepas lawat profile Dik Wan. Aku sokong apa sahaja tindakan yang mempertahankan agama Islam dan Rasulullah. Video ni mendapat komen yang pelbagai dan aku ada terbaca komen dari setan ni. Si setan ni juga merupakan salah seorang yang anti Islam. Ceh, nak ja aku maki. Tapi............ lupa pulak nak cakap. Menjaga tutur kata adalah salah satu cara menjaga imej Islam dari tercalar. Sentap kot bila orang cakap macam tu.


Ni antara cerita katun yang bodoh aku pernah tengok.@#$%^& .


Ni juga salah satu video yang dibuat oleh setan kedua.


Kalau search dalam You Tube Islam dihina/hina Islam sangat banyak. Tapi kalau search agama lain dihina? Keputusannya sangat berbeza kan?


Ni pulak apa cerita ???? Habislah yang taksub lagu Lady Gaga. Harap muka ja lawa.

Info :
hand symbol
satan symbols
satan symbols

الله_أكبر

Dah la tu setakat ni. Mak oi, dah 5 pagi!! Pukul 10pg aku class! Memang p dah.............argggghhhh!!!!




Cara Atasi Malas



Malas betul aku nak post ni. Tapi nak jugak post. Sekurang-kurangnya bila aku malas nanti bolehlah aku tengok blog sendiri. Tapi dah nama pun malas, ingat aku rajin nak mengeCHECK blog ni time malas?? Oh, sorry sikit. Aku Cik Adiba, mengaku memang sangat pemalas orangnya. Jujurnya~ Tapi tak sangat. [masih nak cover?] Haha!! Okaylah, jom tengok cara-cara nak atasi malas.

Malas adalah satu sikap yang boleh membuatkan manusia gagal dalam hidup. Ramai yang bercita-cita tinggi tapi tidak mencapai impian tersebut kerana sikap malas. Bagaimana cara mengatasi malas? Cara mengatasi malas yang paling mudah adalah mengetahui terlebih dahulu punca mengapa seseorang itu boleh menjadi malas.

Berikut adalah beberapa punca yang sering dikaitkan dengan malas :

Tiada motivasi diri
Badan sering letih dan lesu kerana kekurangan vitamin
Terpengaruh dengan orang lain
Tiada dorongan dari orang terdekat.
Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal

Sikap malas ini boleh diatasi dengan cara :

Dekatkan diri dengan tuhan untuk mengelakkan gangguan dan hasutan syaitan.
Memperbanyakkan membaca kisah motivasi yang berkaitan dengan orang yang malas.
Amalkan doa untuk mengelak diri dari malas
Selalu ingat tanggung jawab terhadap keluarga dan diri sendiri.
Tanam sikap positif dan buang segala sikap buruk.
Tetapkan matlamat hidup dan perancangan yang rapi.
Memperbanyakkan memakan makanan yang membekalkan vitamin dalam badan

Untuk mengatasi malas ini anda perlu ubah cara hidup anda. Jika perlu, dapatkan orang yang boleh paksa dan kawal anda. Mula-mula tu memang rasa tak seleasa. Tapi jika malas anda dah hilang secara tidak langsung anda akan merasa diri bebas. Kehidupan anda akan lebih senang dan mudah. Selamat beramal.

Sumber : kasimo69

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَرَمِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari malas, dan aku berlindung dari sifat penakut, dan aku berlindung dari pikun, dan aku berlindung dari Bakhil. (HR. 19/465)

Sumber : Wanita Shalehah 



Khas Buat Si Kurus - 3 Cara Berkesan Menambahkan Berat Badan


Khas untuk si kurus. Saja aku nak masukkan hal ni walaupun aku bukan dalam kategori 'KEDING' ok. Kadang-kadang pelik jugak bila tengok orang yang kurus melidi ni. Kesian jugak. Mungkinkah kurang makan atau penyakit atau apa? Tapi Abang Asrol pun kurus jugak. ^,^ ops! Tersebut pulak!....marah Mr.S nanti. Okaylah, berhenti mengarut. Jom baca kat bawah ni ;

Meskipun masalah kesihatan utama yang dihadapi penduduk Malaysia adalah obesiti, namun terdapat juga segelintir individu yang mempunyai impian untuk menambahkan berat badan. Individu yang dimaksudkan ini adalah mereka yang seringkali digelar sebagai “kurus kering”, “keding” dan sebagainya.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh WebMD, individu yang mempunyai berat badan yang kurang normal, akan mengalami masalah seperti berikut:
  • Mudah jatuh sakit.
  • Mempunyai masalah hormon.
  • Osteoporosis.
Menurut satu sumber yang didapati di Amerika Syarikat, terdapat beberapa faktor utama kenapa golongan si kurus ini mengalami masalah berat badan. Antaranya adalah:
  • Tekanan dalam hidup.
  • Masalah pemakanan.
  • Kadar metabolisme yang tinggi.
  • Keturunan.
Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengetahui cara yang terbaik, bagi menghindari masalah ini. Langkah pertama yang boleh kita lakukan, adalah berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui kadar BMI (Body Mass Index).

Siasat Body Mass Index Badan Dahulu

BMI adalah kiraan tinggi dan berat badan, bagi mengetahui kadar lemak dalam badan kita. Setiap individu mempunyai BMI yang berbeza, bergantung pada umur dan jantina mereka. Menurut pakar kesihatan, kadar BMI yang ideal berada dalam sekitar 20 dan 25.
Jika kurang daripada angka ini, maka kita dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah berat badan yang tidak ideal, atau lebih dikenali sebagai ‘kurus kering’.
Bagi yang menghadapi situasi ini, terdapat 3 cara untuk menaikkan berat badan dengan berkesan. Antaranya adalah:

Cara #1 – Makan Dengan Kerap

Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan kerja harian.
Menurut Marcia Pope, penulis Yahoo! Associated Content, kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds, KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalah makanan yang tidak sihat untuk tubuh badan kita.

Cara #2 – Menambahkan Jumlah Kalori Dalam Badan

Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari.

Cara #3 – Makan Kacang Setiap Hari

Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan kita.
Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita, dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.
Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah tidak benar.

Sumber : blog kesihatan


Bahaya Panadol (PCM overdose)





Apa motif agaknya aku letakkan gambar aku dibawah tajuk bahaya panadol?
Aku saja nak masukkan entry pasal bahaya panadol tidak lain tidak bukan sebab aku pernah mengalaminya juga. Bukan kerana cubaan membunuh diri atau apa. Masa tu aku ambik panadol (biasa) disebabkan mengalami migrain dan aku dah mati akal nak cari ubat untuk melegakan sakit dalam kepala yang teramat. I was supposed to take only 2 tabs of panadol. Tapi sangatlah tidak berkesan sehinggalah aku terus plusplus kan pengambilan panadol hanya dalam satu hari dalam keadaan perut kosong.

Hanya dalam berapa minit aku rasa mengantuk dan rasa kebas seluruh badan. Apa yang aku mampu buat hanyalah berbaring dan terus tidur. Kesan yang aku terima, badan menjadi tersangatlah lemah sehinggakan aku tak mampu nak berbuat apa-apa pun. Dari pukul 6 petang hinggalah bangun pagi esok.

Bangun pagi esoknya, seluruh badan masih terasa kebas. Disebabkan hari persekolahan (aku 17tahun), aku terpaksa gagahkan diri lagi pulak hari tu ada ujian. Malangnya, masa menjawab ujian, aku rasa sangatlah tak sedap badan dan suhu badan menaik. Rasa macam nak demam. Jadi aku berjumpa cikgu disiplin iaitu salah seorang guru yang sangat mengambil berat hal aku (namanya perlu aku rahsiakan) dan aku ceritakan kepadanya.

Aku terus dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (Kangar). Sampai sahaja disana (bahagian kecemasan) aku terus dipanggil kedalam memandangkan aku overdose paracetamol sebanyak 20tabs(dalam kurang waras dan kurang sedar)(tolong jangan cakap aku b*d* okay!). Aku terus ditahan diwad (dimana wad tu menempatkan pesakit-pesakit yang agak kritikal (aku taklah kritikal sangat) selama 3 hari 2 malam . Dalam wad tu juga ada seorang mak cik yang sedang nazak dan meninggal pada keesokan harinya.

Malam pertama diwad, aku mengalami sedikit sesak nafas dan aku dilarang berbaring. Doktor hanya masukkan air dan ..... entah apa. Aku bukan tau sangat.

Hari kedua aku ditukarkan ke wad sebelah selepas keadaan aku dah dipastikan ok sikit dari semalam.
Hari ketiga dah boleh balik dan aku lega sangat. Lupa pulak, paginya tu aku dikelilingi lebih kurang 7-8 doktor lelaki dan perempuan. Comel-comel dan hensem-hensem. Haha. Usha sikit.. Ceh! Gediks ngat aih!

Sebelum tu lupa nak cakap, doc ada bagitau kesan pengambilan panadol secara berlebihan telah memberi akibat buruk terhadap hati aku dan katanya hati aku dah ......... ! Aku sangat kecewa dan sedih. =(
Tapi aku tetap bersyukur sebab masih diberi peluang untuk meneruskan hidup. Ada yang overdose 10 pun dah KO. Jadi aku sangat-sangat BERTUAH. =))

Nak tau lebih detail pasal panadol dan bahaya panadol boleh KLIK SINI.

Jadi, bagi yang nak bunuh diri kecewa atas sebab apa-apa, tolong batalkan sajalah niat b*d*h tu. Tindakan macam ni sangat-sangatlah tidak berbaloi dan hanya merosakkan diri. Bagi umat Islam, ingat-ingatlah. TAK MASUK SYURGA kalau BUNUH DIRI okay!

Sabda Nabi s.a.w ;

 ” كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات . قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .

Ertinya: “Ada seorang lelaki  sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya,   dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hambu Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.

Sumber : masjid-as-syakirin



Anemia Atau Tekanan Darah Rendah

Entry ni khas bagi mereka yang nak tau sedikit info pasal darah rendah. Aku masukkan info pasal darah rendah/anemia ni sebab aku mengalaminya. Nak tau, jom baca.

ANEMIA ATAU TEKANAN DARAH RENDAH


Anemia atau tekanan darah rendah adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan.fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin.
anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi.paras haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dl untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dl untuk lelaki.
SEBAB-SEBAB ANEMIA
1) Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan,infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
2) Pembentukan sel darh merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
Ini mungkin disebabkan oleh:
  • kekurangan faktor penting seerti zat besi,vitamin b12,folat dan eritropoietin.
  • pembesaran yang mendadak bagi remaja menyebabkan penambahan keperluan zat besi di mana ianya  melebihi paras penyerapan zat besi.
  • kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekuranagn zat besi.
  • faktor toksik: penyakit inflamasi,kegagalan hati dan ginjal,ubat-ubatan.
  • kekuranagn hormon:paras hormon tiroid rendah.
  • serangan tulang sum-sum:kanser darah,penyakit tulang sum-sum.
  • gangguan pembentukan sel darah merah:keadaan seperti talasemia.

3) Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.mungkin berlaku di dalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis anemia yang biasa berlaku ialah:
  • anemia disebabkan kekurangan zat besi.
  • talasemia.
TANDA-TANDA DAN GEJALA ANEMIA ATAU TEKANAN DARAH RENDAH

Ramai orang yang menghidapi anemia dan tidak mengetahui sebab-sebabnya.gejala-gejalanya termasuklah:
- keletihan setiap masa.
- pening.
- sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
- kulit pucat.
- kadar denyutan jantung yang cepat.
- kurang daya ingatan.
- kurang berat badan.
- komplikasi
Jika anemia amat teruk,ia akan menyebabkan :
- kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
- masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.
KAEDAH RAWATAN ANEMIA
antara tanda seseorang itu sihat ialah apabila sistem peredaran darahnya dalam keadaam normal.
anemia – biasanya bagi orang dewasa bacaan normal perjalanan darah ataupun paras hemoglobinnya ialah 120/80 mmhg.manakala anemia atau low blood pressure bermaksud tekanan darah rendah (peredaran darah berjalan agak perlahan),contoh bacaan anemia ataupun paras hemoglobinnya ialah 100/70 mmhg.
darah adalah sistem pengangkutan yang sungguh cekap di dalam tubuh manusia.setiap hari dianggarkan lebih 150 ribu kilometer darah mengalir ke seluruh tubuh manusia dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki.
antara fungsinya ialah membawa segala tenaga dan oksigen untuk disampaikan kepada setiap sel dan organ . oleh itu , jika darah seorang pesakit itu mengalir dengan perlahan , maka tenaga dan oksigen juga kan lebat untuk sampai ke destinasinya .
akhirnya , tubuh akan menjadi pucat , lemah dan tidak bermaya .
biasanya doktor akan menyarankan kepada pesakit supaya meminum air 8 hingga 10 gelas sehari . ini bertujuan supaya air yang kita minum dapat melancarkan darah dan dapat mengimbangi kadar asid dalam badan .
oleh itu pesakit yang akan diperiksa oleh doktor akan diperiksa paras  homoglobin terlebih dahulu  .
anemia atau low blood preesure mempunyai pelbagai jenis . antaranya , kekurangan pengeluaran darah merah kerana disebabkan oleh kurangnya zat ferum , vitamin b12 dan folat (folic asic) dalam badan .
manakala , tanda orang yang menghidapi anemia pula ialah cepat berasa letih , pucat dan kurang bermaya sehingga menjejaskan fungsi jantung .
dimana kadang kala jantung  berdenyut denga hperlahan dan kadang kala dengan cepat sehingga menghidapi penyakit anemia mudah berdebar debar .
natijahnya jika anda memiliki tekanan darah rendah ,anda dinasihati untuk memeriksa kesihatan anda berkala samada di klinik atau d hospital .
dalam rawatan alternatif atau rawatan sunnah anda dinasihati untuk menganbil madu sidir dan habbatussuada setiap hari 2 kali pengambilan untuk merawat penyakit anemia tersebut .
Sumber : imamuda


12 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress

Kali ni aku saja nak masukkan entry pasal cara nak hilangkan mengantuk dan stress. Entry kali ni berpunca dari diri aku yang selalu sangat mengantuk dan stress lagi-lagi kalau dalam kelas. So, nak menghilangkan mengantuk dan stress, jom follow. Dah bangun, kita nak buat exercise!

LANGKAH 1


Aku tak tau apa namanya gaya ni. Tapi tiru ja macam yang dia buat tu ok.

LANGKAH 2


Kemudian, buat macam ni. Mengikut sumber, cara ni dapat melegakan bahu dan leher. Aku dah cuba dan hasilnya... ada mata-mata yang melirik.

LANGKAH 3




Ok, ini adalah langkah ketiga. Kekanan dan kekiri ok. Langkah ni pulak membantu mengurangkan lenguh pinggang. Sebab pinggang akan disengetkan sedikit kita mengangkat tangan ke atas.

LANGKAH 4


Seterusnya, gerakkan badan kekanan dan kekiri. Ikut sajalah k. Jangan terpusing kepala sudah.

LANGKAH 5


Tepuk dahi dengan kuat. Boleh gunakan bata untuk lebih berkesan. Kalau jadi apa-apa jangan mention blog ni OK!

LANGKAH 6


Lepas tu buat macam ni. Lembutkan tangan seolah-olah macam tak ada tulang. Mengikut sumber, buat dengan penuh relaks dan gembira je.

LANGKAH 7


Kemudian getarkan badan kekanan dan kekiri. Buat seperti kita tiada masalah. Ce buat.

LANGKAH 8


Selepas itu, lakukan secara agresif pula. Jangan pedulikan apa orang lain kata.

LANGKAH 9


Ni adalah cara untuk mengeluarkan masalah dan stress dari badan. Begitu juga mengantuk.

LANGKAH 10


Pusingkan kepala. Jangan terlalu kuat.

LANGKAH 11


Tiru gaya diatas dan HARUS dibuat didepan cermin. Ni bagus untuk pinggang dan punggung sekali gus.

LANGKAH 12


Akhir sekali, lakukan joget kucing.


Sekian, SELAMAT MENCUBA! 
-------------------------------------------------------------------------------



Sumber : leypark


6 Tips Kulit Cantik & Sihat



1.Makan makanan berkhasiat. Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran.


2.Bersenam dan minum air putih. Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.

3.Cuci muka sebelum tidur. Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur wajah masih di muka!

4.Tidur yang cukup. Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!

5.Lindungi kulit daripada matahari. Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.
6.Berhenti merokok.



Sumber : Puspanita

Menguruskan Badan Secara Sihat


  • Amalkan makan malam sebelum jam tujuh malam. Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.
  • Jangan mudah terpedaya iklan-iklan merampingkan badan atau produk-produk pil kurus. Kebanyakkannya indah khabar dari rupa. Duit habis, badan tetap juga naik.


  • Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan membeli produk diet yang banyak terdapat di Pasaran dan farmasi. Pandangan doktor adalah lebih selamat.


  • Turun 1 kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak pula.


  • Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke jim berdekatan. Senaman membentuk otot yang sihat dan dapat membakar lemak.


  • Positifkan diri. Buatlah target penurunan badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.


  • Jangan asyik menimbang berat badan. Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.


  • Beri penghargaan untuk diri sendiri. Beri ganjaran pada diri sendiri jika matlamat tercapai. Contohnya, makan satu bar coklat yang sedap. Jangan risau… Sesekali Tidak Mengapa.


+ Berusaha
+ Berdoa
+ Tawakal

;)

Sumber : Puspanita

Cara Memutihkan Bahagian Badan Yang Hitam





  • Sediakan bahannya iaitu kunyit, limau nipis dan timun.
  • Perahkan limau nipis
  • Timun pula hendaklah dikisarkan halus untuk mendapatkan ekstraknya.
  • Seterusnya, tumbukkan sedikit kunyit hidup
  • Kemudian, campur dan gaulkan kesemuanya hingga sekata
  • Akhir sekali, sapukan di bahagian yang bermasalah seperti leher, ketiak. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.


Perlulah dibuat setiap sehingga anda puas hati dengan hasilnya. Selamat Mencuba! ;)

Sumber : Puspanita

Apa Itu Senggugut?


Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah.

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.

Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.
Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.


sumber : Puspanita

Thursday, 20 September 2012

Cerita 6 Sahabat


6 orang ni adalah sahabat-sahabat baik yang aku kenal ketika menuntut di ipta. Tewdia ayat. Macam nak buat karangan panjang. haha. Em, nama gadis-gadis molek ni sudah pun tersedia didalam gambar. Btw, dalam 6 sahabat ni ada partnernya. Aku dengan eida, Kila dengan Molly manakala Shira yang tak nampak biji mata tu dengan Mimie. Haa.. sweet tak? Nak tahu tak macammana boleh bertemu 6 orang gadis-gadis comel ini? Nak ke dengar bebelan aku pasal pertubuhan group 'orite-orite' ni? Nak ke tahu macammana nama 'orite-orite' boleh timbul? Waa... nampak gaya nak membebel betul aku ni.

1. Pada mulanya, aku berjumpa Kila semasa pengagihan kelas masa awal sem1 dulu. Masa tulah aku boleh kenal dengan si Kila ni.

2. Orang kedua yang aku kenal adalah Eida iaitu ketika mula-mula masuk kelas. We are classmate. =) Masa mula2 aku jumpa si eida, aku dah set dlm mind yg budak ni jenis budak baik. Macam senang kena buli pun ada. xD okay dah2. nanti dia baca marah pulak.

3. Shira. Si kismis ni aku kenal masa kami DPM1A dibahagikan kumpulan. Satu kumpulan purata 4 orang. Aku, Kila dan Eida dah pakat nak duk sekali. Orang yg keempat tu sudah tentu Shira. Aku boleh ajak si kenikcomel ini masuk ke dalam kumpulan kami sebab kesian tengok. Masa tu si kismis ni duduk sorang-sorang.Dah tu boleh pulak dia senyum walaupun duduk sorang-sorang. haha. Nak tergelak bila ingat balik.

4. Mimi. Si Mimi ni aku boleh kenal sebab dia orang Kedah. Masa nak balik kampung sekali tu, aku terdesak nak cari tiket bas balik. Masa tulah aku boleh kenal Mimi dengan rapat. Sebab kami naik satu bas dan duduk bersebelahan. Si kacang ni sangat peramah orangnya dan pandai melawak.

5. Sudah tentu Molly. Si kacang gajus. Aku boleh kenal betul dengan Molly ni masa nak masuk jadi ahli Persatuan Silat Cekak. Masa ni lah aku kenal dengan si cantik ni. Orangnya sangat lemah lembut dan mempunyai suara yang nyaring. Cuma aku belum pernah dengar dia berleter lagi buat masa sekarang.


Tengok si kismis tu....bukan main lagi. btw gambar2 ni diambil ketika 6 sahabat ni berpicnic d Taman Tasik Cyberjaya. :)


Nilah partner yang paling gempak sekali. Cool dan gila-gila. Bukan gila k.


haa tengok tu. comel kan kami? haha. perasan sikit aku ni kadang-kadang. ekekekek xD

Si Jantung Hati :)


actually gambar ni di upload bagi mengingatkan aku sentiasa kepada si comel yg telah tiada. Nilah kucing kedua yg aku sayang. Tapi, ini yg paling aku sayang berbanding yg pertama dan yang lain. Masa kehilangannya, hidup aku x lagi seceria dulu. Bila balik rumah pun, bagaikan dah hilang serinya. Sebab masa si comel ni masih bernafas, dia sentiasa menghiburkan hati aku. Inilah si comel yg dapat menghilangkan marah dan sedih aku dalam sekelip mata. Inilah si comel yg menggugurkan airmata aku ketika di perantauan. Sangat menyedihkan dan aku rasa sangat terkilan sbb dia sangat muda untuk berhenti bernafas dan aku tak ada disampingnya ketika saat-saat terakhir.

Mok... semoga kita jumpa lagi. =)


Ini pula boleh dikatakan gambar-gambar yg dapat aku ambil sebelum dia pergi. Aku bersyukur sebab sempat ambil gambar si comel walaupun tak banyak. Kalaulah masa boleh diputarkan semula... =(


You are always on my mind. Aku tak akan lupa bau si comel, telatah si comel, gebu badan si comel. Kalau aku tahu si comel tak lama, nak hati aku ni cium si comel, peluk si comel. Tapi sayang... kita semua hanyalah hamba ALLAH yg terhad kudratnya. Tapi, aku yakin... kita tetap akan jumpa lagi Mok. Sebab inilah salah satu doa aku dan ALLAH itu Maha Penyayang. Setiap permintaan hamba-Nya pasti akan dikabulkan. Tak ada yg mustahil jika dengan kuasa ALLAH. =)


Si comel dalam pasu. ^_^ diletakkan semata-mata nak ambil gambar. Si comel yang memang baik tak pernah membantah. Hanya menurut. Tengok matanya. Itulah mata yang sangat aku rindu.


Nah....tengok perutnya tu. Tembam dan gemok kan. Dari sinilah mula timbulnya nama Bam dan Mok. Bam terkenal dikalangan ahli keluarga while panggilan Mok hanya aku yang panggil. Kadang-kadang tu ada juga family aku yang tersasul panggil Mok. Kalau orang dengar nama Mok, orang akan tanya. Kenapa panggil Mok? Ha... sebab dia gemoklah. Since birth lagi si montel kecil ni dah gemok. Cengei (garang) sangat tapi sangat baik. Nakal dan pandai mengusik tuannya (aku la...). Sangat cergas sejak dari kecil lagi. Satu lagi sifat Mok, dia seekor kucing yang suka mengalah. Lapar macam mana pun Mok tak akan berebut makan dengan kucing-kucing yang lain.


Gambar ni diambil sebelum aku bertolak ke Shah Alam. Sempat lagi aku bergambar dengan Mok. Tapi tak banyak. Berapa gambar ja. Tengok bulu di perut si comel aku ni. Peminat kucing mesti tau Mok berasal dari baka yang elok. Tapi tak tau pulak aku baka apa. Ada iras-iras japanese bobtail pun ada. Entahlah. Banyak baka kucing. Ni antara gambar yang aku suka tengok. Kesian Mok, sebelah tangan/kakinya terkepit. hehe. Tak perasan pulak yang aku terkepit tangan/kakinya masa ambil gambar ni. Btw, aku rindu Mok sangat!


Ha...ni dia gambar Mok dan adik/abangnya Lepot. Lepot ni pun comel. Tapi Si Lepot sedikit cacat. Sebabnya Lepot ada rekod digigit biawak masa bayi. Nasib baiklah aku terdengar suara Lepot mengiau. Kalau tak dah jadi makanan si biawak. Aku hanya sapukan luka Lepot dengan minyak gamat. Mulanya Lepot berjalan macam biasa, tapi makin lama kakinya makin capik. Kesian Lepot. Sepatutnya aku bawa si kecik ni ke klinik. Tengok kembar ni, tompoknya sama warna. Tapi wajah dan corak tompoknya berbeza. Tapi dua beradik kembar ni sangat rapat. Dari kecik hingga besar. Masa si comelku Mok dah tak ada, Lepot asyik tercari-cari adik/abangnya. Kesian Lepot. Hilang si adik/abang yang sangat rapat dengannya. Kesian juga Lepot, sebab aku tak sayang dia sepertimana aku sayang Mok. Mok adalah si jantung hati yang sangat aku kasih. :)


Edit yang sangat simple. Kalau ada camera bagus lagi cantik gambar si comel aku ni. Tapi apakan daya. Bajet ku tak mengizinkan. =( Ini gambar si comel kesayanganku bermain diluar. Nampak tu di tangan/kakinya ada tanah merah. Si comel ni kan aktif. Sayangnya aku tak ambil gambar si comel ketika bermain.


Bila tengok si Mok ni, aku rasa ya bahawa si manja aku ni adalah jenis Japanese Bobtail. Comel kan? Sentiasa ada dihati aku. =) Ohh...lupa nak cakap. Si comel aku ni sebenarnya kucing jantan. =)


:) ya betul. Kamu sentiasa dalam mimpi-mimpi aku. Dalam tidur dan jagaku. :)Setiap malam, bila tinggal sorang-sorang, aku akan ingat Mok. Masih teringat-ingat lagi telatahnya. Aku tak pernah lupakan Mok. Aku ingat lagi, Mok selalu teman aku siapkan makanannya didapur. Dipanjatnya badan aku ni. Suka aku tengok perangai Mok yang comel dan manja tu. Kata adik, masa aku balik ke Shah Alam, dia masuk ke bilik aku. Nak tau... perkara nilah yang paling cepat buat airmata aku mengalir. Sedih sebab aku tak ada ketika dia perlukan aku. =( Kadang-kadang aku rasa seolah-olah dia masih ada. Masih terbayang-bayang si comel masuk kebilik. Masih terbayang si comel lompat ke atas katil aku. Masih terbayang-bayang si comel ketika hayatnya. Aku terlalu rindu. Susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Hanya ALLAH yang tahu apa yang aku rasa. Hanya ALLAH tahu betapa kasihnya aku terhadap si kecil comel ni. Hanya ALLAH tahu betapa rindunya aku pada Mok. Hanya ALLAH tahu hikmah disebalik semua yang terjadi. :(


Gambar ni pula semasa Mok ada atas katil aku. Dah berapa hari tak ada entry pasal Mok. Inipun sebab aku dengar lagu Gingerbread - Kau Ku Rindukan. Lagu yang sangat-sangat mengingatkan aku pada buah hati yang dah tak ada ni. Mok, kalaulah boleh aku kirimkan surat, kalaulah boleh aku bisikkan, kalaulah boleh Mok dengar apa yang aku nak cakap. Hm... Mok satu-satunya yang terkasih dan tersayang. Aku tak pernah jangka langsung yang Mok akan tinggalkan aku macam ni. Aku tak sangka Mok akan hilang dari hidup aku macam tu saja. Belum pun sempat aku nak lepas rindu. Patutlah kali terakhir aku jumpa Mok, aku rasa nak cium dia lebih banyak dari biasa. Rupanya tu yang ALLAH nak bagi untuk kali yang terakhir.

Masa aku taip ni, aku mendapat ~ f l u ~ . Badan pun panas-panas dan aku rasa aku demam. Sedih Mok...setiap kali ingatkan Mok, mesti nak mengalir jugak airmata ni. Bila menangis ingatkan Mok, mesti lepas tu rasa sakit kepala dan mengantok. Tapi kenapa Mok, tak pernah datang dalam mimpi. =(( Aku dah lama tak dengar suara Mok mengiau. Dah lama aku tak peluk Mok. Lagi aku kat sini, lagi aku rasa jauh dari Mok. Kalau tau semuanya akan jadi macam ni, aku akan selalu ada disamping Mok. Aku nak jaga Mok dengan baik. Ish, masa memang tak boleh ulang kan. Kenapalah jadi macam ni. Bilalah agaknya aku boleh jumpa Mok. Bilalah agaknya boleh aku peluk cium Mok lagi. Bilalah masa tu akan datang. Aku tetap akan tunggu... =((

[tears flowed again]


Gambar blur. =(

Telah lama ku pendam rindu
Dalam diamku
Menantikan ucapan
Mesra darimu 

Hingga kini kau membisu
Seribu kata
Mata bertentang Mata
Oh... ku gelisah

Kini kau berjauhan
Seribu perjalanan
Hati merintih sedih
Tiada berairmata

Kian ingin kau ku lupakan
Kian kau ku rindui
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada

Hidupku kian hampa
Semenjak perpisahan
Hilang tanpa berita
Rindu pada mu jua

Di mana ku cari ganti
Serupa denganmu
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada 

Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada
Hilang bertahun lama
Kau ku rindukan