Radang paru-paru atau paru-paru berair atau pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk, demam dan masalah sukar bernafas.
Radang paru-paru selalu bermula apabila anda menyedut kuman ke dalam paru-paru anda. Mempunyai penyakit jangka panjang atau kronik, seperti asma, penyakit jantung, kanser atau kencing manis menjadikan anda lebih cenderung mendapat radang paru-paru.
Pengenalan Penyakit
-Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’
-Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.
-Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.
-Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.
Jenis-Jenis Penyakit
-Exudate
-Transudate
Punca Penyakit / Faktor Risiko
-Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang
-Batuk kering (TB)
-Pneumonia
-Kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan)
-Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’
-Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis
-Kegagalan jantung
-Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang)
-Sirosis hati
Tanda-Tanda / Simptom
(1) Exudate
-Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml)
-Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi
-Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
-Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB)
-Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.
(2) Transudate
-berwarna lebih jernih dan cair
-kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml
-terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru
-dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.
- Batuk berkahak atau mungkin disertai dengan darah
- Demam
- Sesak nafas
- Menggigil, mungkin sekali atau kerap
- Sakit dada
- Rasa letih
- Loya dan muntah
- Cirit birit
- Demam
- Sesak nafas
- Menggigil, mungkin sekali atau kerap
- Sakit dada
- Rasa letih
- Loya dan muntah
- Cirit birit
Adakah mandi lewat malam menyebabkan masalah paru-paru berair?
Ia tidak kira bila atau di mana anda mandi. Bakteria dan virus mungkin berada di mana-mana. Atypical mycobacteria hidup di dalam air paip. Bakteria ini tahan pada klorin. Orang-orang tertentu seperti perokok dan warga tua di mana tahap antibodinya lebih lemah senang menerima kehadiran bakteria ini ke dalam paru-paru. Majoriti besar orang tidak menghadapi masalah untuk mandi pada bila-bila masa, pada apa-apa suhu. Jadi tidak ada masalah untuk mandi lewat malam.
Sumber : zakikhan